Sunday 23 December 2012

Ini wilayah ANDA!



Hakikatnya setiap homosapien itu membutuhkan kepada PERUBAHAN. Iya, perubahan untuk menjadi lebih baik dan kepada menjadi lebih baik dan lebih baik dari yang baik. Cuma persolannya, bila? Adakah hari sekarang, nanti, esok-lusa, tahun depan, atau tunggu sampai seru, atau lebih malang lepas ruh berkata oktengsbai kepada jasad, atau lebih malang lagi tika berkumpul di padang mahsyar kelak. GULP!

Perubahan itu tidak semestinya besar. Perubahan itu tidak semestinya lompatan kepercayaan (Baca: Leap of faith). Cukuplah suatu perubahan minor yang positif. Cukuplah suatu perubahan yang kecil dan tampaknya seperti tak signifikan, tetapi perubahan yang baik. (lebih OSEM ia berterusan)
Asalkan berubah.  
Sekiranya anda sekarang ini merokok tujuh batang rokok setiap lapan jam, mungkin anda boleh kurangkannya kepada lima batang. Itu satu perubahan yang baik.
Sekiranya anda selama ini bersolat di hujung-hujung waktu, mungkin kini anda boleh cuba pula untuk solat di tengah-tengah waktu. Itu juga satu perubahan.
Jika sekarang ini anda susah betul nak buka dan baca al-Quran, mungkin kini anda boleh mulakan dengan membaca tiga Qul atau ayat-ayat pendak dahulu. Ya, itu juga satu perubahan.
”  
Kredit: Akh Fendiey

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah keadaan (di dalam diri a.k.a hati) mereka sendiri." [ar-Ra'ad, 13:11] 

Antara persepsi buruk dan alasan dan kejumudan yang popular dlm masyarakat yang menjadi tembok besar cina kepada perubahan..

eh. Bende ni utk org baik-baik je, taknak lah aku. Segan lah pulak nanti org ckp ape pulak. Siapalah aku ni kan. Khalifah Allah je. Eh??

atau..

 “dah kata dah. diorang geng baik-baik je mana setaraf dgn kita ni geng tak baik. Allah pandang diorg je kot. eh??

ataupun..

ini memang perangai sebenar aku, buat apa nak hipokrit, nak tunjuk baik, buat baik, jadi baik. Be yourself lah! Be happy for your bad attitude. Manusia kan dilahirkan fitrahnya jahat. Eh?

dan..

dah lah.. kalau kau nak berubah gi lah ajak orang lain, nanti aku ikut lah esok-lusa dah tua nanti.

dan..

woi! Kalau nak jadi hipokrit tu tak payah lah ajak orang lain, gi pakai jubah sorang-sorang dah lah

dan juga..

heish.. bosan lah asyik-asyik tazkirah. Asyik-asyik warning soal ikhtilat. Asyik-asyik story psl hati. Mana ade manusia perfect kat dunia nih.

1.Soal hipokrit
Bila cakap soal hipokrit ini. Anda tahu atau tidak apa itu hipokrit hah? Main cakap lepas tangan dekap je. Wahai! Percaya tidak kalau saya meyakini jika dan jika untuk berubah kita memang sangat-sangat-sangat perlu untuk hipokrit tahu. Tapi lebih kepada hipokrit for the sake of Allah lah a.k.a hipokrit fillah Abadan abada. Eheh. Ia dipanggil metod 'menipu otak' untuk menguasai diri. Bukan diri menguasai kita atau persekitaran atau kawan2, sebaliknya (hati & minda) kita yang menguasai diri kita sendiri.

2.Soal assumption & orang kata
“biaq pi lah org nk kata apa, janji kita duk hepi wat jahat dan berjahiliyah dengan alasan be yourself” dan kalau formula di atas ini pun boleh digunapakai untuk menegakkan kebatilan & jahiliyah di dalam diri, sudah tentu pasti dan mungkin sekali untuk kita gunapakai formula rumus itu untuk menegakkan kebenaran dan keislaman dan semangat utk berubah yang ada dalam jiwa raga rotan bakul buluh diri kita. Mana mungkin manusia yang dilahirkan ke dunia ini sesuci fitrah dan lebih-lebih lagi dimandatkan untuk memikul tugas khalifah di mukabumi ini dikatakan 'memang jahat' dan 'tak gudboy' hingga menganggap diri sendiri yang sebenar adalah lebih jahat dan pendosa sedangkan secara logiknya terma "be yourself" yang sebenar-benarnya ialah menjadi diri sendiri yang asal iaitu sebelum dicemari fitrahnya oleh adat & budaya jahiliyah. nampak tak?

3.Soal kelompok baik a.k.a geng surau/kopiah
Pandangan prejudis sering dilempar-balingkan kepada golongan ini, selalunya mendapat tentangan hangat dari kelompok/individu yg merasakan diri mereka ‘tak baik’ dengan melebel “hinih geng-geng malaikat nih, jubah putih aje 24/7.” Ohh.. Sungguh sempit! Dan kalaulah iya benar betul mereka geng-geng dari spesis malaikat, dah lama mereka sibuk menurunkan rezqi mencabut nyawa anda mencatat baik-buruk anda tahu! Realitinya mereka juga manusia yg berdosa seperti kita semua, mereka juga ada nafsu ingin makan dan kahwin dan main PES dan tonton Korea seperti kita. Cuma bezanya mereka mungkin begitu bersungguh-sungguh utk mengubah hati & diri mereka menjadi baka terbaik dari spesis manusia barangkali. Jadi, mengapa tidak kita???

4.Soal bukan budak baik & tak bersedia
Kalau dah namanya budak baik, rasanya anda tak perlulah kepada perubahan. wahai! Andai begitu, anda boleh lah dijemput terus masuk ke sorga Allah itu dengan girang-gumbira kerana anda adalah BUDAK BAIK. Poinnya mengapa kita amat perlukan perubahan, kerana kita bukan lah MAKSUM, kerana kita memang tak baik pun, memang dosa kita bertimbun-timbun lebih banyak dari assignment-assignment kuliah tutorial hari Isnin. Dan percayalah, kalau anda mahu tunggu dahulu sebelum bersedia untuk berubah dangan pelbagai alasan yang sungguh kreatif dan menarik yang tidak melebihi 13 patah kata, nescaya sampai mati pun anda tidak akan bersedia.


Jadi MOH ler kita sama-sama mencari titik perubahan kita sekarang! Takperlu untuk tunggu tahun baru masehi, tahun baru hijriah, tahun baru cina, sambutan hari jadi baru nak berubah. Takperlu itu semua. Pintu taubat sentiasa terbuka lenang untuk kita bergerombol masuk beramai2. Peluang hari ini belum tentu datang menziarah kembali hari esoknya. Peace no war!

Saturday 1 December 2012

Journey (in) to The West




AMARAN KERAS!
Kisah ini tiada perkaitan sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan filem-filem jahiliyah telebishen yang amat tidak tarbawi itu sama ada yang sudah lama terkubur atau yang masih tegar aktif di layar-layar perak. Eherm *betulkan talileher*

Dinukilkan suatu masa dahulu sebelum terbentuknya kutub ais besar ditengah laut untuk dilanggar oleh Titanic. Iye. zaman dahulu! Pada musim sejuk untuk kesekian kalinya di tengah-tengah nusantara lahirlah seekor monyet yang tangkas ligat bergaya dan paling X-PERT dalam melakukan kerja-kerja kemonyetannya ia monyet yang bukan sebarang monyet namanya mahsyur dan gah disebut-sebut diruma-rumah tak kurang juga diumpat-umpat dikedai kopi di dalam kampung Pasir Berdengung. Dicheritakan juga bahawa monyet inilah juga antara baka monyet yang terlatih dalam DnT (sila buang jauh-jauh otak kiri anda untuk beberapa ketika). Suatu hari tika musim sejuk megah menguasai nusantara…




Peristiwa 1 : 

Sedang si monyet giat melakukan amal kerja-kerja memonyetnya berada tinggi di pucuk pohon kelapa. Datang angin puting beliung yang terlalu sangat amat besar dahsyatnya persis taufan Lijah. Bila dilihatkan puting beliung yang sebegitu rupa. Dengan tenang saja si monyet berpeluk tubuh di batang pohon kelapa itu. Dan nak dijadikan cerita (memang tengah cerita pun ni). Si Monyet perkasa itu BERJAYA melepasi halangan rintangan kekangan angin puting beliung taufan Lijah tersebut denga penuh jiddiyah dan ketiak yang berpeluh-peluh. Huwh.

Peristiwa 2 :

Selang beberapa ketika. Apabila berlalu pergi puting beliung tersebut yang mengucap “kbai..” kepada si monyet perkasa. Ia terasa sungguh “Wah! Aku Berjaya. Tak sangka betul walauundah agak dah (sambil buat muka poyo)" Dan, pada keesokannya. Si Monyet terasa seperti bosan dan melalui harinya dengan sungguh tak tercabar dan tak hekstrim langsung lalu ia mencari pasal untuk duduk di pokok yang lebih tinggi dari semalam. " Kalau pokok yang tinggi macam semalam pun aku tak terkesan tergoyang. Hinikan pulak pokok yang lebih lagi tingginya. Siap boleh main-main angin dengan puting beliung kot (siap dengan angannya yang sombong). " Dan sampai saja di puncak pucuk kelapa yang lebih tinggi. Beliau berasa "Wahah. Anginnya yang mendayu-dayu hingga terdayu daku dibuatnya. Hee hee. Syok gila! (Sambil bermuka feeling memejam kelopak matanya)”. Dan akhirnya....GDDDUP! "Aduhh! Sakit woooooooih...!”

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulan :

Pada situasi pertama monyet yang sangat X-PERT lagi perkasa diuji dengan kesusahan yang berat-berat dan tak terfikir dek akalnya (sekali lagi sila buang jauh-jauh otak kiri anda buat sementara). Dengan semangat dan skil-skil juga pengalaman yang berbekal ia mencuba sedaya upaya untuk bertahan dan berjaya menghadapi ujiannya dengan all-out. Sebaliknya bila diuji dengan kenikmatan keselesaan yang mudah-mudah dan kecil-kecil ia langsung gagal malah kegagalannya dilihat tidak signifikan langdung berbanding kekuatan dan keperkasaannya.

Kita sudah mampu nak bermuwajahah dengan perkara-perkara yang besar tapi adakah kita cukup mampu untuk berhadapan dengan perkara-perkara yang kecil? Hakikatnya itulah hakikatnya kerisauan yang sering menghantui kotak fikiran para daie dan mampu mengganggu-gugat jiddiyah mereka lalu menghasilkan amal yang kosong dan tidak muntij. Ingat! DnT Sikit2 lama2 jadi bukit Jihad!


Khutbah terakhir nabi :

" Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil. "

Dan dari arah mana mereka mendatangi kita.??

[ Al-A'raf: 17 ]

------------------------------------------------------------------

Kesimpulannya??? Janganlah jadi macam monyet (okeh. Kali ni otak kiri diperlukan). Kerana anda khalifah. Kerana dirimu begitu berharga. peace =)

Sunday 4 November 2012

Kembara Iman membara jiwa

Perkongisan pengalaman dari seorang ikhwah yang penuh bergaya dengan keterujaan. Sesungguh! Perjalanan musafir yang melata di bumi Rabbnya Cameron Highland demi mencari hati yang lebih gojes pada cuti semester yang amat nyaman.


*Bismillahiirrahmanirrahim*

1000 : Perjalanan bermula dengan bacaan doa kenderaan.
1200 : Berhenti rehat di Tapah

*Satu pengalaman manis bila aku membaca surat chentaNya di tempat umum. Bukan nak tunjuk tutup (baca: show off) tapi rasanya itulah pertama kalinya buat aku selepas aku dapat merasai apa itu nikmat bertadabbur ayat al-quran.

1230 : Meneruskan perjalanan
1300 : Mula memasuki jalan yang berliku-liku


* Banyak benda yang menarik perhatian. Pertama, aku langsung tak jumpa malah melihat walau batang hidung masjid di bahu jalan. Apa yang aku nampak hanya rumah-rumah kecil. Timbul persoalan kecil yang bermain-main guli difikiranku. " Eh, diorang (penduduk kampung) ni solat jumaat ke tak? Aku ni nak solat kat mane ni?”

* Cukup sahaja separuh perjalanan, aku mula nampak gerai-gerai kecil penduduk orang asli. Aku naik hairan setinggi lima kaki “Eh..! Kenapa masih ada lagi segolongan dari kita yang masih tak bersepatu?”. Berjalan lagi sambil hatiku berbisik “Mana orang yang patut jaga kebajikan diorang ni?”

* Lagi tersedak tercekik angin bila aku mula terfikir-fikir... "untung aku jadi orang bandar ( kenapa angkat diri sendiri pulak ni? tak laah!). Kerana perbezaan kita dan mereka sangat jelas terlalu jauh rasanya. Adakah mereka ( penduduk disini ) dah dapat DnT macam apa yang aku dapat walaupun aku sendiri tak dapat semacam mana yang ikhwah-ikhwah aku dapat? Persoalan bertalu-talu menghentam fikiranku. Mereka ni akan mendakwa aku tak kerana tidak ‘menyampaikan’ pada mereka kelak? Agak-agak dah sampai ke seruan yang secukupnya kepada mereka?”

* Moga-moga aku selalu menjadi orang yang bersyukur bersyukur dan bersyukur dengan nikmat iman dan islam serta nikmat-nikmat lain yang tak pernah-pernah putus aku terima daripada kekuasaan Rabbul A'lamin.
                                  لئن شكرتم لأزيدنكم ولئن كفرتم إنّ عذابى لشديد

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Ibrahim 14:7)

* Ya Allah, Sesungguhnya hidayah itu hanyalah milik engkau dan bukan milik manusia malah bukan para rasul untuk memberi kepada siapapun yang dikehendaki oleh kami.

                من يهد الله فهو المهتد ومن يضلل فلن تجد له وليّا مرشدا
Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya. (Alkahfi 18:17)

1400 : Tiba di Cameroon Valley - Tea Bharats.

* Aku berjenti untuk turun melihat sendiri betapa indahnya hamparan bumi ciptaan tuhan ini. Dan sunggguh tahu!!

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya. Dan Kami pelihara (urusan) langit itu dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang kena rejam. Kecuali Syaitan yang curi mendengar percakapan (malaikat di langit), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menyala, yang nyata kelihatan. Dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. Dan Kami jadikan untuk kamu pada bumi ini segala keperluan hidup, juga Kami jadikan makhluk-makhluk yang kamu bukanlah orang yang sebenar menyediakan rezekinya. Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut kadar dan masa yang tertentu. Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya. Dan sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Kamilah yang kekal memiliki segala-galanya. Dan sesungguhnya Kami telah mengetahui orang-orang yang segera (berbakti) di antara kamu, dan sesungguhnya Kami telah mengetahui orang-orang yang lambat. Dan sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang menghimpunkan mereka semuanya; sesungguhnya Ia Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui. Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma. (Alhijr :16-27)



* Cukup banyak Allah menceritakan kekuasaanNya menciptakan langit, bumi, hatta manusia dan jin itu sendiri. “Ya Allah, Jika inilah nikmatMu yang terbentang luas di bumiMu sendiri.. Apatah lagi nikmat-nikmat yang Engkau jadikan kekal abadi di sana nanti..? gasp!”

1430 : TIba di Masjid Abu Bakar

* Lepas selesai solat zohor, aku mula menulis (apa yang anda dapat baca) ni.. Jam menunjukkan hampir pukul 4, ada seorang budak sangat kecil comel (dalam lingkungan darjah satu atau dua). Mereka berdua bersolat jemaah Jama' Taqdim (sempat juga merakam videonya). Sungguh! kalaulah mereka ini dapat pendedahan lebih awal semacam apa yang adik-adik sekolah MUSLEH nikmati. Semestinya mereka akan membesar dengan penuh bergaya menjadi syabab-syabab yang begitu mantap dan tangkas dalam arena DnT ni. Serius sumpah OSEM!

1620 : Asar berjemaah di MASJID ABU BAKAR

* Imamnya tampak tergesa-gesa (Hahaha gelak jahat)

*Tiba-tiba sampai bas dari kebajikan masyarakat. Nampaknya bas membawa golongan yang                          istimewa. Punbegitu, mereka tetap menunaikan solat asar secara berjemaah. Walaupun ada dua imam dalam satu masa..hahaa. (Tapi, korang duk gelak-gelak kan? Korang ade ke solat jemaah FULLTIME 5 WAKTU sedangkan korang ni normal dan hensem dan pandai bermunazoroh? Zraaap! (T_T)
dush dush dush (siapa pulak main tembak-tembak kepala ni? Sakit laaah berdarah ni!).

1700 : Set off to Tanah Rata.

* Aku jumpa banyak yang benda-benda menarik masa pit-stop di sini.

1) Orang cina masih lagi minum dengan cara tradisional yakni diorang pakai lagi cawan yang kecik (nak mati) tu. Itupun diorang kata cawan tu telah pun diMODENkan (aku pun tak faham aku tang mana modennya).

2) Siapa senang-senang kata 1 MALAYSIA itu tak wujud dan takkan wujud? Tipu laa, gi CH (baca: Cameron Highland) laa der. Nanti korang akan jumpa lah disini. Lagi dahsyat angin monsun bila aku nampak orang (bukan cina) yang bersembang-bual dengan orang cina menggunakan bahasa cina. Fuhhh..peluh cemas!
       ياأيها الناس إن خلقنكم مّن ذكر وأنثى وجعلنكم شعوبا وقبائل لتعارفوا

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).(Alhujurat49:13)

1800 : Set off to Brinchang.
1900 : Balik ke Masjid Abu Bakar. Solat Maghrib.
2008 : Solat Isyak berjemaah.

* Hujan turun sambil memaksa aku untuk hanya terus ‘off’kan diri dan bermalam di Masjid Abu Bakar.

* Tengah pasang-pasang telinga, terdengar pula adik kecil comel sorang ni Tanya pada daddynya selesai saja mereka menghabiskan solat mereka " Ayah, kenapa abg tu tido masjid? Dia takda rumah ke? Pehhh! (adik sayang)”

.........................................ZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZz...........................................

0540 : Solat subuh jemaah.
0630 : Minum-minum pagi dengan pakcik di Masjid Abu Bakar
0730 : Set off to Gunung Brinchang

*Sesungguh! sesudah tayar menjejakkan getahnya sampai disitu. Memang rasa puas hati lalalala. Tambah-tambah lagi bila gunung tu betul-betul ada di sebelah kelopak mata je. Pap! Tiba-tiba teringat keras ayat ANCAMAN dari Allah ni.

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. (Alhasyr 59:21)
“Ha’ah kan? Manusia rilek-rilek makan popkorn minum kopi je dengar ayat al-quran. Dia pernah dengar (dengan hati) ke tak ayat ni? Wahai!

0830 : Mula turun dari Gunung Brincang ke Brinchang dan terus ke Tanah Rata

*Jalannya, wa cakap lu jangan sembang ar. Jalan dia memang simpang siur-miur. Tapi ada pengajarannya kan.. Haha (gelak nakal)

[Apasal dengan aku ni? semua aku cer (baca: cerita) nak kaitkan dengan pengajaran. pekejadahnye la pulak kan.] Ayat al-quran yang cakap (bukan aku ye) adakah kita sudah patut bersenang-lenang longlai sedangkan kita belum pun diuji. Ya. Kita belum pun lagi diuji, sebab tu lah kita mampu jalan straight aje kan. Sekali kita diberi hulur ujian. Masa tu barulah kita akan rasa "eh..eh..kiri kot..eh..eh..kanan lah.." lebih kurang macam tu lah gayanya. Tapi selagi mana kita thabat kita PASTI akan dapat hasilnya bila dah jumpa jalan pengakhiran nanti bukan?

Dari Highway nak naik ke CH memang la mudah macam hape kan. Mula-mula seronok aje pandu selesa atas Highway sebab jalannya straight. Tapi lepas aje seronok-ronok memandu dan masuk ke jalan untuk naik ke CH. Hah! mula lah diuji sikit demi sikit dengan Pakcik Simpang dan Makcik Siur. Tapi hasilnya bila betul-betul dah sampai. Serius puas di hati. Sungguh! ( 1 )



Sama lah juga dramanya bila hendak turun dari atas pula. Tok Simpang dan Nek Siur juga la kita jumpa cuma bezanya kali ni belum apa-apa jalan lagi kita dah ketemu dulu dengan mereka. Tapi nanti bila dah keluar dari semua kesulitan (simpang-siur) jalan ni, Jumpa lah balik dengan jalan lurus yang dicari-cari tu. hoyeaaah! ( 2 )







Eh, perasan tak? Antara situasi (1) dan situasi (2) tadi ada perbezaan yang jelas. Yang mana satu lah agaknya jalan yang sering dilalui seorang Dai'e ni yek. jalan (1) ataupun jalan (2)? Itu kita fikir sama-sama ye. Ok? (takkanlah semuapun penulis nak kena fikirkan. Wahai.)

1030 : Lepak berehat sebentar di RnR Tapah.
1130 : Bergerak dan terus ke rumah terindu.

Wednesday 3 October 2012

Racun buat yang tersayang

Racun yang membunuh dalam tawa dan gumbira.

Hujan renyai-renyai menyimbah bumi yang kering kehausan diturut angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa membawa embun-embun gemok yang sihat padat terisi air tanpa kedengaran guruh garang memanah petirnya. Tiba-tiba…suara enjin motosikal Lagenda 110 kemerah-merahan KCE 2865 keluaran Yamaha memecah kesunyian Kampong Tanduk Diraja.


salam alaika ya akhi, keifal hal?” sapa Farhan usai mengentikan motosikalnya di depan bendul rumah Nik.

eh? Waalaikumusslam, akh Farhan rupanya. Hal? Errr…Al-hal, huwa mansub. Eheh.” Jawab Nik nakal sejurus dikejutkan Farhan ketika asyik menghirup udara segar di serambi rumahnya.

huh? Errk?” soal Farhan sambil menjuih bibir kehairanan tidak faham kata-kata Nik tadi.

enta tanya ana pasal 'Al-Hal' tadi kan? Ana jawablah 'Hal' adalah Mansub. Keh keh keh.. takda lah, ana gurau aje. Alhamdulillah ana baik-baik je di serambi rumah ni. Tak nampak ke depan mata enta ni?” jelas Nik sambil berseloroh.

wah! Hebat betul lah ilmu nahu enta sekarang. Jeles pulak ana rasa. Seriyes enta sangat hebat, dah lah Presiden Kelab Arab UIAM, subjek Arab pulak kat hujung jari je, ala orang cakap macam iPad tuh touchskrin bole buat macam-macam, tiap-tiap kali hekzem (baca: exam) dapat empatrata (baca: 4flat) subjek Arab tu dah memang lumrah enta dah takyah cer (baca: cerita) lah. Fuwh…tak pernah ana jumpa kawan sehebat nih. Tabik jettak (baca: spring) lah kat enta.” Puji Farhan dengan penuh aksi dan reaksi.

eh, tak lah. Ini semua dariNya. Ana ni takda apa-apa pun sebenarnya, ni semua Allah yang bagi pinjam. Tak macam enta, lahir-lahir je dah hebat. Keluarga hebat-hebat semua pandai-pandai adik beradik hensem cantik. Dah lah power main futsal, conquer satu court kot tiap kali tournament. Fuwh.. hebat betul.” Balas Nik.

takda lah. Itu semua yang enta Nampak aje, ana tak hebat macam tu pun. Tak macam enta, kecik-kecik lagi dah dekat dengan Quran, hafaz 30 juz kot! Wohoo.. semua orang teringin gilerr nak jadi macam enta.” Kata Farhan.

eh. Taklah, enta lagi hebat.

“tak mane ade, ana tak lah. Enta hebat lagi.

ya Allah degil betol akh sorang nih. Enta yang hebat.

enta lah..

ape pulak ana, enta laah..

tak, enta…

bukan ana, enta…

*begitulah seterusnya sampailah Mak Minah memintas perbualan mereka dengan sepinggan cucur betik dan air teh nenas panas*
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Maklum pujian itu adalah racun yang mampu merosakkan amal & kebaikan seorang akh/pemuda yang punyai kekuatan*1234 yang tinggi lalu merosakkan hatinya lalu terjauhlah jiwanya dari Rabbnya lalu terganggulah kerja-kerja penyentuhan hati-hati manusia olehnya.
Ertinya : Rasulullah s.a.w mendengar seorang lelaki memuji lelaki lain dan berlebih-lebih dalam pujiannya maka Rasulullah s.a.w : Kamu telah merosakkannya dan telah memotong belakangnya (seolah-olah) " ( Riwayat Al-Bukhari, no 2663 ) 
“Celaka engkau, engkau telah memotong leher temanmu (berulang kali beliau menucapkan perkataan itu). Jika salah seorang di antara kalian terpaksa/perlu memuji, maka ucapkanlah “saya kira sifulan demikian keadaanya.” –Jika dia menganggapnya demikian- Adapun yang mengetahui keadaan sebenarnya ialah Allah dan janganlah mensucikan seseorang dihadapan Allah.” [Bukhari: 52-Kitab Asy Syadahat, 16-Bab Iza Zakaro Rojulun Rojulaini]
Punbegitu, ia juga berpotensi menjadi ubat yang mujarrab seperti teh herba ginseng atau sup sirip ikan yu buat KD-KD yang lemau, longlai, atau yang sedang down, juga yang sedang sarapan pagi (baca: futur) dan sewaktu dengannya. Dipuji dengan pujian yang betul-betul ikhlas dan kena pada tempatnya, ia akan memberi semacam momentum & semangat yang besar utk KD-KD yang pancit dalam lariannya.
Barangsiapa yang memuji seseorang atas perbuatan baik yang dilakukannya dengan tujuan untuk menggalakkan lagi kerja baiknya dan mendorong orang lain berbuat yang sama sepertinya, maka ia TIDAKLAH TERMASUK dalam kategori "maddah" iaitu yang pemuji terkeji" (Imam Al-Khattabi: Ma'alim as-Sunan)
Arakian, pujian itu hakikatnya TIDAK perlu melainkan ia perlu. eh? Jadi jangan lah sesekali melemparkan pujian sewenang-wenangnya kepada ikhwah terchenta kerana dikhuatiri ia berpotensi tinggi merosakkan batang tubuh ranting & jiwa raga bakul yang telah ditarbiyah*1 sekian lelah. Melainkan kita tahu (dengan ke’tafahhum’an yang wujud) bahawasanya dia sangat-sangat butuh nasihat dan (sedikit) pujian yang teramat ikhlas (baca: Lillah) jika tidak dipuji, berlakunya adegan yang tidak diingini seperti terjun gaung ataupun ‘sarapan pagi’ ketika bekerja. Kerana secara pastinya jika kita menyuntik pujian melebihi dos yang dibenarkan ia akan memudharatkan ikhwah-ikhwah yang kacak lagi bergaya hingga ada yang terbang di awang-awangan bisikan nafsu riak dan tak kurang juga yang mabuk ego jahiliyah.
"Menghindarkan amal dari digembar-gemburkan (diceritakan kepada orang lain), mengerjakannya lebih sukar dari mengerjakan amal itu sendiri. Seseorang mungkin melakukan suatu amal (soleh) lalu dicatat sebagai amal soleh yang dibuat secara "sir" (senyap-senyap). Dengan itu pahala ganjarannya dilipat-gandakan sebanyak tujuh puluh kali ganda. Tetapi syaitan tidak membiarkannya. Syaitan terus merasuknya sehingga ia menceritakan dan menyatakan kepada orang lain. Maka catatan amal itu pun ditukar kepada catatan amal alaniah (terang-terang). Dengan itu ganjaran pahalanya (sebanyak tujuh puluh kali ganda) dihapuskan. Kemudian syaitan terus mendesak orang tersebut agar menyatakan lagi bagi sekian kalinya tentang amalnya. Maka ia sendiri pun suka kalau disebut-sebut hal itu dan terus menerus dipuji. (Akibatnya) catatan amalan tersebut sebagai perbuatan amal alaniah dipadamkan dan ditulis sebagai perbuatan riak. Sebab itulah orang yang paling bertakwa ialah orang yang paling melindungi agamanya. Sesungguhnya riak adalah syirik" (Hadis riwayat Baihaqi)

kopi yang pahit pun kalau dibancuh sedap boleh mabuk ketagihan juga kot.


Waakhiran, anda pasti tidak mahu ikhwah kesayangan anda teracun dan mati (hatinya) dengan pujian-pujian anda bukan? jadi, berpada-pada lah padanya. love your Ikhwah as you love Dee-n-Tea. pis!

ref kamus belog:
1* Hammasah
2* Ikhlas
3* Iman
4* Amal
5* Tarbiyah Zatiyyah