Saturday 18 August 2012

Perbezaan atau sekadar TAKSUB?


BISMILLAH.
Agak sekian lama blog ini tiada isinya, boleh jadi penulisnya sangat sibuk untuk menyesuaikan diri di tempat barunya dengan kehidupan yang serba-baru. Agaknya apa lah yang InchePapa akan denda bila tahu wajibat yang telah disepakati ini tidak dilaksanakan anaknya dalam tempoh yang agak lama. Sejuk tangan.

AMALan sesuatu ILMU itu bergantung kepada tahap keFAHAMannya
Post kali ini tentang pengalaman penulis pada bulan Ramadhan yang baru saja berlari meninggalkan kita. Ceritanya bermula begini…

Suatu petang ketika sedang menunaikan hak muslim yang lain [baca: memenuhi jemputan] untuk Iftor bersama-sama di sebuah kampong yang agak femes(dirahsiakan nama sebenar). Dipendekkan cerita selesailah Majelis Berbuka Puasa Peringkat Kampong tersebut. Usai bersiap-siap untuk solat Isya’ berjamaah Isyak bersama warga di Surau yang agak kechik, penulis pun dengan bangganya menyarung kopiah diatas kepala untuk bersolat sambil mengikut sunnah Rasul Kesayangannya [untukpengetahuan: kopiah itu diberi secara percuma di suatu Majelis Solat Sunat].

Tapak demi tapak langkah diatur ke dalam Surau, tiba-tiba puluhan mata mula merenung tajam-tajam sampai berdarah ke arah ‘Kopiah Merah Percuma’ tersebut..Erkkk. Selesai setiap kali solat sunat Tarawih pun masih lagi ‘Kopiah Merah Percuma’ direnung dengan penuh mimik muka [bayangkan muka baby tengah tahan berak atau kucing liar melihat Friskies] berbisik-bisik ada juga yang menggeleng-geleng kepala sambil hidung kembang kempis. “Errrr.. Pa’chik, tak sah ke solat saya tadi? Saya ada langgar rukun solat kah? Atau tak seiring dengan adat Melayu? Atau mungkin tidak dikira mengikut sunnah Rasul Kesayangan ke pakai ‘Kopiah Merah’ ni?” bermonolog dalam hati. [sengaja tak habiskan cerita supaya tampak suspend dan horror..hehe]

Jadi apakah masalah BESAR yang sedang berlaku pada mujtama’ disitu? Ditarbiyah dengan Biah Islamyah kah? [itu bukan masalahnya]. Atau Islam yang difahami telah disempitkan ruangnya untuk pakaian tertentu, untuk warna tertentu, untuk nama tertentu? Mustahil adegan censcord sebegini berlaku jika adanya kefaham Islam yang menyeluruh [baca: Syumul] kerana pesan seorang superhero lagenda Imam Hassan Al-Banna  Anda sekalian bukan satu pertubuhan kebajikan, bukan parti politik, juga bukan suatu badan yang dibentuk untuk tujuan-tujuan terbatas. Anda sebenarnya adalah suatu roh baru yang mengalir di hati umat ini dan dihidupkan dengan al Quran. Anda adalah suatu suara yang bergema tinggi melaungkan dakwah Rasulullah SAW. Tidak keterlaluan jika anda merasai bahawa anda adalah penanggung beban Kenabian setelah kesemua manusia enggan melakukakannya.”.

Perlu dicubitkan disini, Islam itu tidak berparti bahkan perbezaan parti & fahaman politik bukanlah perbezaan mazhab fiqh. Lebih teruk jika ia dibeza-beza hingga ke dasar Akidah. Mungkin ada individu-individu bahkan orang besar atau pemimpin yang berpengaruh yang  Jahil dan mendominasi sesebuah kelompok. Nah, terus dilabel dan diasingkan mereka-mereka yang jahil ini dari status Islam malah jauh dari biah Islamiyah hanya kerana kelompok mereka diramaikan dengan golongan-golongan sebegini manakala ’orang Islam’ yang ada memulaukan mereka tak kurang juga yang mencela kegelapan itu terus-menerus generasi demi generasi.

Jadi kepada warga di luar sana yang masih skeptikal tentang perbezaan parti & fahaman politik bukalah minda anda seluas-luasnya dengan merujuk sirah nabi & para sahabat disamping merendahkan EGO sesama manusia ke tahap kukukaki & membuang jauh-jauh sikap SOMBONG kepada Tuhan sekalian alam. Agak-agak apalah reaksi Baginda bila melihat sikap kita hari ini?? Tersedak. Moga-moga makcik Hidayah bertandang mengetuk pintu hati ini.

Secara hukum alamnya [baca: sunnatullah] kaum-kaum yang jauh hatinya dari Penciptanya itu adalah kerana tiadanya orang yang ‘mengajak kpd kebaikan & mencegah kemungkaran’ [baca: Daie yang berdakwah] dalam kelompok mereka. Jadi, di mana peranan anda para Daie sekalian??? Adakah ini membuktikan so called para Pendakwah sekalian alam tidak menjalankan amanat di pundak masing-masing? Peluh besar. Tidak CUAKkah anda(Daie) diazab lalu digantikan dengan kaum yang lain [9:38-39] hanya kerana anda rileks nonton filem sambil makan popcorn tanpa peduli kerja-kerja anda yang sumpah banyak itu? Mata masuk habuk pulak.sobs.