Friday 4 May 2012

Antara Hitam Putih dan Kelabu



Bilik Bahasa yang disusun rapi lepas selesai digunakan.

Selesai menyiapkan kerja-kerja persatuannya menandakan berakhirlah tugasannya untuk minggu itu. Afiq (bukan nama sebenar) menyelak helaian buku perancangan peribadinya satu per satu sepintas lalu bagi memastikan kelancaran aktiviti pada petangnya. Buku-buku disusun rapi ke dalam beg galasnya. Satu demi satu butang telefon bimbit Nokia  dipicit. Mesej dikarang cermat “salam gumbira ke atas mutarabbiku yang disayangi, konferens kita pukul 5:30 petang ini di Bilik Bahasa. Ingat, masa Diae bukan hak peribadi ya. Macam biasa, bawa hati dan senjata. Jumpa disana.”

*mesej masuk*
Di kantin, sedang enak menjamah hidangan bersama-sama. Din, Man dan Sol tersenyum serentak sesama sendiri sebelum membuka mesejnya seolah-olah tahu apa kandungan mesej di telefon bimbit masing-masing. Mereka membacanya serentak dengan nada perlahan sambil bergegas untuk bersiap-siap.

*mesej masuk*
Di surau, selesai membaca mathurat berjemaah Amar membuka peti mel mesej dan membacanya lalu memalingkan pandangannya sambil meleretkan senyuman teruja ke arah Naz yang sedang mengemas naskah-naskah mathurat yang ada. Naz kehairanan sebelum membaca mesejnya lalu membalas senyuman Amar. Masing-masing mengangguk kepala tanda faham.

*mesej masuk*
Di bilik kuliah, bunyi nada dering mesej Ham dan Far serentak mengejutkan suasana pembelajaran petang yang kelam dan mengantukkan. Usai membaca mesej, Far menoleh belakang ke tempat duduk Ham sambil tersenyum sinis. Ham membalas dengan mengangkat keningnya bersemangat tanda setuju. Sebaik kelas tamat, mereka berjalan pantas ke surau menunaikan solat asar dengan penuh teruja.

Di bilik Bahasa, pintu bilik dibuka dan ditutup berkali-kali deselangi salam hingga kesemuanya sampai. Tepat jam 5:27 petang Far mengunci pintu bilik menandakan orang terakhir yang sampai. Sepertinya sudah maklum, tanpa apa-apa arahan konferens pun dimulakan dengan salam dan bacaan ayat-ayat cintanya bersama-sama denga penuh keterujaan. Selesai bertilawah bersama dan bertukar-tukar khabar tiba-tiba Afiq mengeluarkan pen papan putihnya lalu melakar dua bulatan besar di papan putih. Bukan itu saja, dilukisnya juga bahagian warna hitam dan putih yang dibahagi ruangan tengah-tengahnya sambil memulakan ceritanya nya…..

Akh Afiq yang kacak bergaya dengan selamber-yayanya berkongsi ilmu.

Di dalam riwayat diceritakan, Abu Zar r.a memanggil Bilal r.a dengan gelaran ” wahai anak hitam”. Bilal r.a yang mendengar panggilan tersebut terdiam dan tidak membalas panggilan Abu Zar r.a itu. Dengan rasa kesal Bilal lantas pergi bertemu rasulullah untuk mengadukan hal tersebut. Tiba di rumah rasulullah, Bilal r.a meluahkan isi hatinya pada rasulullah. Seketika sahaja, berubah wajah rasulullah menjadi merah padam. Rasullah terus ke tempat Abu Zar berada, tetapi hanya lalu sahaja. Rasulullah terus ke masjid.
Mengetahui rasulullah bahawa rasulullah marah padanya, lalu Abu Zar memberi salam kepada rasulullah.Rasulullah berkata kepadanya ” wahai Abu Zar kamu telah menghina bilal dan menghina asal usulnya.
Ketahuilah Abu Zar, sesungguhnya kamu asal usulnya adalah orang jahiliyah sebelum masuk Islam, dan sesungguhnya masih ada (sisa-sisa) jahiliyyah dalam diri kamu…”
Abu zar r.a merasa terpukul dan sangat menyesal. Abu zar menangis dan merayu pada rasulullah ” wahai rasulullah maafkan kesalahanku dan pintalah Allah ampunan atas doaku…” . Lalu Abu zar berlari mendapatkan Bilal r.a, Abu zar merangkul bilal sambil memohon maaf padanya. Tidak cukup dengan itu, Abu zar meletakkan kepalanya di atas tanah seraya berkata ” Demi Allah Wahai Bilal aku tidak akan angkat pipiku dari atas tanah kecuali kamu pijak pipiku yang sebelah lagi dengan kakimu. Demi Allah sesungguhnya kamu orang terhormat dan aku yang terhina”…….

Lihatlah bagaimana Abu Zar r.a begitu sensitif dan risau tentang dirinya yang dikatakan masih ada jahiliyah walaupun hanya sedikit. Abu Zar begitu mahukan dirinya masuk ke dalam islam sepenuhnya dan zero dari anasir jahiliyah kerana dia tahu betapa bahayanya, mudharatnya, buruknya, bencinya Allah dan Rasul pada jahiliyah itu sendiri hingga dia sanggup menyuruh Billal memijak kepalanya di atas tanah dengan harapan sifat jahiliyah dari dinya dapat dijauhkan sejauh-jauhnya.



apakah yang berlaku selepas itu ? cuba antum teka………..
Bilal kemudiannya mendekatkan mukanya ke pipi Abu Dhar lalu menciumnya berkali kali. kemudian diangkatnya dari tanah. Mereka berdua berpelukan dengan penuh kasih sayang dan tangisan…..
Lihatlah ukhuwah yang terjalin dan nilai akhlak pada bilal r.a dan abu zar r.a. Bukan hanya betapa merendah diri abu zar memohon kemaafan, bahkan betapa mulia dan kasihnya bilal r.a, walau pun diperlakukan sebegitu, atas rasa kasih dan sayang pada Abu Zar, Bilal memaafkannya…..