Saturday 26 November 2011

Angkat Berat vs Ujian Allah


[02:286]

Angkat Berat sinonim dgn aktiviti Bina Badan atau dlm bahasa MUETnya Body Building dengan kata lainnya senaman, regangan, dan sebagainya yang mengaplikasikan konsep mengulang-ulang sesuatu kerja yang akan membebankan anggota-anggota badan yang tertentu. Bertujuan meningkatkan stamina, membesarkan otot, menyihatkan badan, mengeluarkan bahan kumuh, membakar kalori dan lain-lain.


Hakikatnya aktiviti ini mesti melalui beberapa proses. Pertama

EFFORT: di mana otot (anggota bdn / organ) dipaksa/terpaksa melakukan suatu kerja di luar kebiasaannya secara konsisten  dalam masa yang sama sel-sel tisu otot ‘dicederakan’ untuk melentur dengan kadar yang lebih tinggi hingga terjadinya proses yg kedua iaitu

RECOVER: yang menyebabkan sebahagian daripadanya mati dan terbina semula dgn saiz & kemampuan yang lebih besar berdasarkan kandungan Protein & Glukosa dlm tubuh. Hasilnya, otot yg lebih besar & stamina yang lebih tinggi terbentuk. Dan jangan terlalu berpuas hati kerana tanpa proses yang ketiga iaitu

MAINTAINANCE: latihan & pengamalan yang optimis, ia akan kembali mendikit siepert pada keadaan yang asal. Bahkan, mungkin akan menyebabkan kesan yang lebih teruk.


Konsep yang sama mungkin juga terpraktik pada Ujian Allah kepada kita. “otot” boleh ditafsirkan sebagai “hati” dimana ia melalui proses

EFFORT: dipaksa/terpaksa ‘bekerja’ (berada dlm keadaan) di luar kebiasaannya & dalam masa yang sama tak mustahil ia ‘dicederakan’ untuk menempuh pelbagai situasi & keadaan hingga terjadinya proses 

RECOVER: iaitu kadang hati mati dek kurangnya ketahanan yang kental pada ujian yang dilalui. Tak kurang juga hati yang ‘terbina semula’ dengan ketahanan & kemampuan yang lebih besar berdasarkan Ruh & Ibadah. Hasilnya, hati yang lebih hidup & iman yang lebih kukuh terbentuk. Dan jangan terlalu berpuas hati kerana tanpa proses yg ketiga 

MAINTAINANCE: amalan soleh & muhasabah, ia akan kembali lemah seperti pd sebelumnya. Bahkan, mungkin lebih teruk.

[Al-Baqarah:7-9]

P/S: proses2 diatas hanyalah andaian semata-mata.

Dah FAHAM. IKHLASkan hati. Masa utk AMALkan!