Tuesday 31 January 2012

UKHWAH ni fillah ke firehlah?

Yin: akhi, ana rase give-up lah dgn akh sorang tu. hati die makin jauh dengan ana kot.


Jemi: die makin jauh ke enta yang makin jauh ni?

Yin: eh, taklah. ana ok je. die yang tak berlapang dada dengan teguran ana.

Jemi: hurm... camni lah.

Yin: camne akhi? o,O'

Jemi: sblm tu, korang brdua dah brp lama tak dating?

Yin: hisyh.. ana serius nih. jangan la memain akhi -,-

Jemi: mksud ana, enta dah brp lama tak dating dgn Pemilik Hati enta?

Yin: herkk..? err. lupe lah. hehe

Jemi: herh! padan lerh. tu maknanya bukan die yg makin jauh dgn enta tapi enta yg makin jauh dgn Tuhan enta. dah3, mlm ni jom mabit sama2. Ajak die qiam skali. Sama2 kite repair balik hubungan masing2.


Apa-apa sahaja hubungan persaudaraan (ukhuwah) kerana Allah tidak akan Berjaya dibina tanpa hadirnya Allah dalam hati tiap-tiap dari mereka kerana hanya Allah sajalah yang menjadi asas dan tapak bagi persaudaraan yang dibina.

Manakala ukhuwah yang dibina berasaskan Material (duniawi) atau perkara-perkara sepertinya juga bersifat sebegitu. Dimana ia memerlukan kehadiran Material bagi menjayakan hubungan tersebut. Contohnya, ukhuwah kerana Duit memerlukan duit untuk ia terbina & berjaya. Ukhuwah kerana Wanita (nafsu) memerlukan Wanita (nafsu) untuk terbina & berjaya. Ukhuwah kerana Rupa memerlukan rupa yang baik-baik untuk ia terbina & Berjaya. Ukhuwah kerana Makanan memerlukan Makanan untuk ia terbina & Berjaya. Ukhuwah kerana keseronokan memerlukan keseronokan untuk ia terbina & Berjaya. Begitulah seterusnya bagi asas-asas ukhuwah yang lain.

Tidak dapat tidak, setiap ukhuwah yang dibina pasti akan rosak dan gagal atau paling tidak ia tidak mampu untuk kekal dalam jangka masa yang panjang kerana ia didasari material yang tidak kekal dan pasti akan berpenghujung. Contohnya, ukhuwah kerana Duit pasti akan rosak dan gagal jika tiada lagi duit untuk menjadi ikatan ukhuwah yang dibina. Ukhuwah kerana Wanita (nafsu) pasti akan rosak dan gagal jika tiada lagi Wanita (nafsu) untuk menjadi ikatan ukhuwah yang dibina. Ukhuwah kerana Rupa pasti akan rosak dan gagal jika tiada lagi Rupa yang tampan menawan untuk menjadi ikatan ukhuwah yang dibina. Ukhuwah kerana Makanan pasti akan rosak dan gagal jika tiada lagi Makanan untuk menjadi ikatan ukhuwah yang dibina. Ukhuwah kerana Keseronokan pasti akan rosak dan gagal jika tiada lagi Keseronokan untuk menjadi ikatan ukhuwah yang dibina. Begitulah seterusnya bagi asas-asas ukhuwah yang lain.




Dalam tangan lain (baca: In other hand), berbeza pula ukhuwah yang dibina berteraskan kasih sayang dan bermatlamatkan redha Allah yang dijamin kekal selamanya selagi mana kekalnya subjek ukhuwah itu sendiri iaitu Allah SWT. Dimana ia amat membutuhkan kehadiran Allah (rabbaniyah) bagi menjayakan hubungan tersebut. Maka, ukhuwah kerana Allah memerlukan Allah untuk ia terbina & Berjaya dan ukhuwah kerana Allah pasti akan rosak dan gagal jika tiada lagi (sifat-sifat Rabbaniyah kepada) Allah untuk menjadi ikatan ukhuwah yang dibina. Mustahil untuk kehilangan Allah dalam ukhuwah kerana Allah itu kekal dan Maha suci dari sifat material (Duniawi) melainkan yang menghilangkan Allah itu ialah hanyalah manusia-manusia yang menghilangkan Allah dari hati-hati mereka lalu ‘hilanglah’ Allah dalam ukhuwah yang dibina seterusnya gagal dan pincanglah hubungan sesama mereka. 

Sabda Rasulullah s.a.w : "Barangsiapa yg mencari keredhaan ALLAH dgn perkara yg menyebabkan manusia marah, ALLAH akan mencukupkannya drpd bergantung kpd manusia. Barangsiapa yg mencari keredhaan manusia dgn perkara yg menyebabkan kemurkaan ALLAH, ALLAH akan menyerahkan segala urusannya kpd manusia" (HR Tirmizi & Abu Naim)



Ukhuwah Khalifah Allah yang dibina tanpa Allah tiada bezanya dengan ukhuwah monyet-monyet kerana pokok, ukhuwah lembu-lembu kerana padang rumput, ukhuwah pokok-pokok kerana tanah, ukhuwah ikan-ikan kerana air, ukhuwah semut-semut kerana gula.



Hanya chenta dari langit yang boleh bawa anda ke Sorga ♥ QS(8:63).

Thursday 12 January 2012

Manusia & Haiwan


f(x) = y , Manusia - Aqidah(mukmin) = Haiwan

 ꜙ x = Ukhuwah, Usrah, Mahabbah . . .