Thursday 8 December 2011

Didiklah dengan SOLAT








"Apabila kamu mendidik anakmu, ia adalah lebih baik bagimu daripada kamu bersedekah setiap hari sebanyak setengah cupak kepada orang-orang miskin."

(riwayat Ahmad, Thabrani dan Baihaqi)

Saturday 26 November 2011

Angkat Berat vs Ujian Allah


[02:286]

Angkat Berat sinonim dgn aktiviti Bina Badan atau dlm bahasa MUETnya Body Building dengan kata lainnya senaman, regangan, dan sebagainya yang mengaplikasikan konsep mengulang-ulang sesuatu kerja yang akan membebankan anggota-anggota badan yang tertentu. Bertujuan meningkatkan stamina, membesarkan otot, menyihatkan badan, mengeluarkan bahan kumuh, membakar kalori dan lain-lain.


Hakikatnya aktiviti ini mesti melalui beberapa proses. Pertama

EFFORT: di mana otot (anggota bdn / organ) dipaksa/terpaksa melakukan suatu kerja di luar kebiasaannya secara konsisten  dalam masa yang sama sel-sel tisu otot ‘dicederakan’ untuk melentur dengan kadar yang lebih tinggi hingga terjadinya proses yg kedua iaitu

RECOVER: yang menyebabkan sebahagian daripadanya mati dan terbina semula dgn saiz & kemampuan yang lebih besar berdasarkan kandungan Protein & Glukosa dlm tubuh. Hasilnya, otot yg lebih besar & stamina yang lebih tinggi terbentuk. Dan jangan terlalu berpuas hati kerana tanpa proses yang ketiga iaitu

MAINTAINANCE: latihan & pengamalan yang optimis, ia akan kembali mendikit siepert pada keadaan yang asal. Bahkan, mungkin akan menyebabkan kesan yang lebih teruk.


Konsep yang sama mungkin juga terpraktik pada Ujian Allah kepada kita. “otot” boleh ditafsirkan sebagai “hati” dimana ia melalui proses

EFFORT: dipaksa/terpaksa ‘bekerja’ (berada dlm keadaan) di luar kebiasaannya & dalam masa yang sama tak mustahil ia ‘dicederakan’ untuk menempuh pelbagai situasi & keadaan hingga terjadinya proses 

RECOVER: iaitu kadang hati mati dek kurangnya ketahanan yang kental pada ujian yang dilalui. Tak kurang juga hati yang ‘terbina semula’ dengan ketahanan & kemampuan yang lebih besar berdasarkan Ruh & Ibadah. Hasilnya, hati yang lebih hidup & iman yang lebih kukuh terbentuk. Dan jangan terlalu berpuas hati kerana tanpa proses yg ketiga 

MAINTAINANCE: amalan soleh & muhasabah, ia akan kembali lemah seperti pd sebelumnya. Bahkan, mungkin lebih teruk.

[Al-Baqarah:7-9]

P/S: proses2 diatas hanyalah andaian semata-mata.

Dah FAHAM. IKHLASkan hati. Masa utk AMALkan!

Saturday 15 October 2011

TAQWA

there is no differ between us(homosapien) other than TAQWA

Sunday 9 October 2011

Dunia Baru

Assalamualaikum & syukur kpd Ilahi kerana blog ini telah berjaya terhasil dan semoga ia akan menjadi sebuah medium untuk 'menyampaikan' & bermanfaat kepada pembaca.

wallahualam..