Sunday, 26 February 2012

Memoir ini

DAKWAH ini ialah jalan yang terpanjang.


Teringat saat pertama dijemput dan disantun untuk bersama-sama memacu kenderaan musafir ini.  

Saat itu terasa seperti baru berkenalan semula denganNya.  

Detik demi detik ilmu bertambah faham terpasak semakin teguh hidup pemusafir. 
 
Tak kurang perit pedih yang kian terasa semakin hari semakin matang diuji. 
 
Terusik disapa dituntun belaian tangan-tangan ukhuwah mendekap erat memikul bersama kerja ini. 
 
Kasih saudara melebihi kasih serahim hingga kadang terlupa telapak kaki sedang tercucuk duri tajam kulit terluka dicedera fitnah dan mehnah. 

Belum pun diperdengar keindahan kemanisan ganjaran disana kelak mampu melupakan kesakitan sementara ini.  

Kerja-kerja tinggalan para nabi untuk diwarisi jika serah kelak pasti diganti hinggakan janji-janjiNya terlaksana.


No comments:

Post a Comment

say something =)