Monday, 2 April 2012

Eh.. kamu ada iras lah.

sekali pandang macam seiras, tapi mereka berbeza walaupun serahim. eh.



Sedang suasana sibuk di tengah-tengah bandaraya di ibu negara Malaysia tiba-tiba lintas seorang wanita Kristian Koptik “maaf. Erm, tumpang Tanya dik. Stesen ke UIAM ikut sini ke?”.

“err…eh, ya. Ikut sini pun boleh.  Akak nak ke sana ada apa, pelajar Universiti Islam Antarabngsa Malaysia ke?” jawab Nazir.

“Eh, tak. Saya mahu ke program Dialog Islam Untuk Dunia Moden.” balas Katrina sambil mencukupkan nafasnya.

“oh. kalau macam tu, terus saja ambil tren ini kemudian turun ke stesen Gombak ya.” Arah Nazir.

“baiklah. Syukran ya adik. Moga Allah merahmati kamu berdua.” ucap Katrina.

“errk..errr..err.. afwan akak. Ameen moga-moga.” Jawab Nazir dan Farhan yang berpeluh kecil sambil menyiku perlahan bahu masing-masing. Jelas kelihatan rantai emas berbentuk salib dengan bangga menghiasi leher wanita Kristian Koptik itu. Penutup yang dikenakan di kepalanya juga persis tudung artis nombor satu Malaysia iaitu Haliza.

wanita kristian yang beradab dan berakhlak seperti orang Islam?
atau orang Islam yang tidak berakhlak seperti tuntutan Islam sendiri?
atau ia hanyalah tidak lebih dari kelakuan biasa yang lazim dilakukan masyarakat umum?
apa beza Islam dengan bukan Islam??
apa beza hidup kita dengan hidup mereka??
apa beza Islamiyah dengan Jahiliyah??
ataukah tiada banyak beza bahkan mungkin sama???

peluh besar.

Sedangkan mereka para penganut agama yang 'tidak syumul' dan 'tidak diredhai Allah' itupun ingin berbangga-bangga sampai hidung kembang kempis dengan agama mereka dengan pakaian mereka dengan adat mereka walaupun mereka bukanlah dalam kalangan penganut agama yang baik-baik antara mereka (kira bukan para rahib/sami/paderi lah). Inikan pula kita yang dilahirkan dalam agama yang sungguh megah segak bergaya syumul mulia lengkap diredhai Allah lagi tu datang pula dengan pakej 'kebahagiaan abadi' dan nikmat-nikmai iman. Masih lagi malu-malu Tenuk untuk rasa izzah (baca: bangga) mengamalkan Islam sepenuhnya dengan penuh macho sekali bergaul dan beradab dengan penuh keislaman, bekerja dan belajar dengan penuh keislaman, makan dan minum dengan penuh keislaman, bahkan melakukan semua perkara dengan penuh keislaman termasuklah buat assignment, berseloroh, beri makan kucing, potong rumput, jawab telefon, beli nasi berlauk, hantar adek ke sekolah petang, berbulatan gumbira, makan pisang selepas solat jumaat. Eheh.


Ada perbezaan jelas antara kedua-duanya walaupun sama2 kelihatan cantik & indah.
Era globalisasi akhir ini (akhir zaman), Islam sudah tidak lagi dapat dilihat sebagai addeen penyelamat yang membawa rahmat. Malah lebih teruk dengan westoksikasi (baca: pembaratan) dalam fesyen-fesyen dan juga ikut-ikutan cara hidup barat bahkan kehidupan mereka menjadi trend terkini seluruh dunia. Dan paling teruk, westoksikasi dalam Dakwah dan Tarbiyah itu sendiri yang mana para Daie hampir-hampir tidak dapat menjustifikasikan sama ada ia melakukan amal Jahiliy (org jahil) atau amal Islamiy (org islam) atau amal Asasiy (org awam). Lalu merosakkan amal-amal dan kerja-kerja mulia mereka yang muntij itu.

Arakian, hal ini jika diambil enteng bak kata Anita Sarawak "dipandang sebelah mata" ia akan meracun ke dasar akar-umbi Dakwah & Tarbiah lalu merosakkan figura-figura KD (baca: Kader Dakwah) dan individu muslim itu sendiri. Perbezaan yang JELAS antara Islamiyah dan Jahiliyah merupakan elemen yang penting terutamanya bagi KD-KD yang bakal terjun ke dalam lautan masyarakat untuk menyentuh jiwa-jiwa manusia yang dicipta sebagai khalifah Allah.

Jika penagihan Jahiliyah akibat kekeliruan antara Jahiliyah dan Islamiyah itu masih terjadi malah rancak berlari-lari anak disekitar amal islaminya dan segar bermain-main congkak di fikirannya,

OhMyJahiliyah!!! Itu suatu petanda masalah besar buat kesejagatan ummat tahu!

Dan ia perlu dirawat serta divaksin segera sebelum penyakit itu menular mencederakan ummat yang sudah sedia tenat.


Jadi sebelum apa-apa tsunami berlaku atau gunung-ganang berukar menjadi gaung-gaung, kita para Kader Dakwah wajib memahami dengan sejelas-jelasnya apa itu Jahiliyah dan Islamiyah. Dan yang paling penting ialah bersunguh-sungguh kipassusahmati untuk mencabut Jahiliyah dari dalam diri kita sendiri hinggakan kepala letak ke tanah. errk?

Tuntasnya sebelum hendak bersiap-siaga berlayar ke laut jahiliyah untuk menjala ke lubuk logam-logam padu itu sendiri. Ia memerlukan para Kader Dakwah untuk berkenalan duluan dengan jahiliyah supaya nanti tak berkata “eh.. Jahiliyah dan Islamiyah, kamu berdua saling tak tumpah lah. rupa kamu berdua sungguh iras”. Dan lebih penting perlu adanya perisai supaya kita tidak terkesan dengan jentera-jentera Jahiliyah kelak. [disekitar Bahtera Penyelamat karya Fathi Yakan]

______________________________________________________________

AMARAN KERAS!!!
kepada para pembaca yang sudah faham tapi masih buat-buat lembu akan hal ini. Anda bakal merosakkan kerja-kerja para rasul ini dan sedang MELAMBATKAN proses kebangkitan kedua kelak. wahai!


Baju basah kuyup. Siapa pulak yang tutup kipas ni.

No comments:

Post a Comment

say something =)