Saturday 14 July 2012

Eh...ini Vanillah ke Coklat?



Tersebutlah kisah di sebuah kampong di kawasan pedalaman timor tanah air yang bernama Dublin di mana penduduknya terdiri dari keturunan Orang Asli Yunan. Masyarakat kampong hidup aman bertoleransi sungguh mendamaikan. Hinggalah pada suatu hari penduduk kampong kecoh dengan khabar angin yang tersebar luas tentang Coklat, ia merupakan sesuatu yang baru yang jaggal dan berbunyi pelik bagi penduduk kampong Dublin. Maka mereka beriya-iya ingin tahu bagaimakah sebenarnya rasa Coklat yang sibuk diperkatakan tu, ada juga antara penduduk kampong menceritakan rasa Coklat ini seakan-akan rasa buah tempatan aje hinggalah sampai ke telinga ketua chef kampong a.k.a tukang masak kampong.


Tanpa berkira-kira, CK (chef kampung) pun memulakan langkah kanannya dengan menggubah resipi berasaskan Coklat yang didengarinya dari penduduk kampong. Setelah berjaya menghasilkan beberapa resipi maka diwar-warkanlah masakannya dan tersebarlah ke seluruh pelusuk Dublin hingga hampir setiap penduduk dapat merasai resepi hasil ciptaan CK tadi. Pembuatan coklat dan makanan berasaskan coklat mula giat dipertingkatkan hingga produk-produk CK dikilangkan bagi melicinkan operasi pengedaran Coklat buatannya. Orang kampong girang-gumbira menikmati produk-produk Coklat termasukaklah Kek Coklat, Kuih Raya Coklat, Coklat Almonda dan lain-lain. Walaupun ia tidaklah (berapa nak) sedap sangat, tapi ia tetap mendapat sambutan dari penduduk Dublin kerana mungkin kesan dari perkhabaran yang meluas tentang kesedapan rasa coklat sebelumnya. Lama-kelamaan permintaan semakin berkurang kerana masyarakat mula perasan akan rasanya yang memualkan dan pelik, ada yang mendakwa rasanya seperti buah Nenas, ada jugaseperti buah Oren,dan tak kurang juga seperti rasa Stoberi. Orang ramai mula membenci Coklat bahkan lebih teruk hingga ada yang menuduh CK menipu dan ingin mengambil kesempatan ke atas penduduk kampong akibatnya CK menggulung tikarnya dgn kemas dan kilang-kilang serta kedai-kedai CK terpaksa ditutup rapi.
Keadaan berterusan dan kebencian penduduk kampong Dublin kepada coklat membuak-buak. setelah beberapa dekad berlalu, datang seorang pakar Coklat bernama PakOko. Dia berhijrah ke situ dengan tujuan ingin menyebarluaskan rasa dan nikmat Coklat dismping merasai variasi rasa Coklat dari seluruh pelusuk dunia. Setelah bertaaruf, berbulat, dan mengeteh untuk beberapa ketika bersama penduduk Dublin. Dengan perasaan terperanjat hingga memanjat, Pak Oko mula perasan akan suatu masalah besar yang dialami penduduk kampong iaitu mereka mendakwa rasa Tropika Punch sebagai rasa Coklat. Dan dakwaan mereka itu sama sekali akan merosakkan rasa asli dan nama baik Coklat. Selama 5 hari 7 malam berturut-turu Pak Oko tak diam duduk panas punggung dek runsing memikir akan hal ini. Dia mula memerah dan menjemur otak mencari ikhtiar untuk memperbetulkan keadaan ini demi menjaga rasa asli dan nama coklat dari disalah anggap apatah lagi dibenci orang.

Tidak dapat tidak, walaupun ingin mengubah pemikiran org kampong merupakan tugas yang amat berat dan mencabar ia tetap perlu dilakukan, jika bukan Pak Oko siapa lagi? bermula dgn membuat kek coklat dan gula-gula coklat kemudian diedarkan di surau-surau dan sekolah-sekolah secara percuma, diberi sebagai hadiah kepada jiran dan rakan sekerja dan sebagainya. Pak Oko begitu bersungguh-sungguh ingin menyebarluaskan kefahaman tentang rasa coklatnya kepada penduduk Dublin dan jika mampu dia ingin setiap lidah di Dublin dapat merasai coklat yang dibuatnya. Dia giat mengedarkan coklat-coklatnya secara percuma, memberi layanan palingg mesra kepada penduduk kampong, dan sentiasa brsedia untuk mengajar resepinya bagi mereka yang berkemahuan.

Usaha Pak Oko tidak sia-sia kerana baru beberapa bulan ‘bermasyarakat’, permintaan terhadap produk-produk dan masakannya semakin rancak dan mendapat sambutan yang agresif hingga terbinanya kilang Coklat yg diberi nama Kilang Vanillah. Hingga makruflah dalam kalangan penduduk kampong iaitu bahan makanan yang dimakan mereka itu bernama Vanillah dan ia dibuat berasaskan Vanillah. Vanillah Bar, Kek Vanillah, gula-gula Vanillah, Vanillah Almond, Aiskrim Vanillah dan lain2.


walaupun luarannya tampak persis Vanilla dan bukannya Coklat. tapi rasanya sebenar hanya dapat diketahui salepas lidah sendiri merasainya.
Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, maka tersebar-luaslah perkhabaran mengenai Vanillah dan penduduk kampong seberang mulai terkesan dengan kesedapan rasa vanillah. Tersebar-meluas hingga keseluruh Negara bahkan ke serata benua dek kerana rasa kek vanilla yang sungguh sedap dan spesial itu. Hal ini sampai ke pengetahuan tabloid dan media massa dunia lalu mereka berpusu-pusu datang membuat liputan tentang “Vanillah” kampong Dublin, tak kurang juga para pengkaji coklat antarabangsa yang datang membuat kajian.

Alangkah terkesimanya hingga senget-sengat penduduk kampong setelah diisytiharkan PBB bahawa rasa coklat di tempat mereka ialah antara rasa coklat yg tersedap di dunia dan lebih haru-biru apabila mereka sendiri tidak tahu hapekebende yang dimakan oleh mereka selama ini yang mereka gelarkan Vanillah itu sebenarnya bernama COKLAT manakala selama ini apa mereka buruk-burukkan dan benci tentang Coklat itu sebenarnya ialah  Tropika Punch ala-ala Hawaii. Maka kini fahamlah mereka bahawa mereka terlalu jahil tentang Coklat dan lebih buruk mereka telah meletakkan pandangan kebencian yang jelek pada Coklat sebelum mereka benar-benar dapat merasai perasa Coklat yg sebenar yang amat lazat dan berzat. Manakala perasa coklat yang dicanang-canagkan oleh CK sebelum ini hanyalah perasa Tropika Punch yang diberi nama Coklat untuk mendapat tempat di hati masarakat. Dan hakikatnya perasa Vanillah itu tidak pernah wujud melainkan hanyalah rekaan Pak Oko semata-mata untuk memperbetulkan kefahaman penduduk kampung Dublin yang salah tentang rasa Coklat, sebaliknya yang ada hanyalah perasa Coklat yang sungguh lazat dan osem.




bersambung. . . .

No comments:

Post a Comment

say something =)